Apple & Google Dipaksa ‘Buang’ TikTok Daripada Perkhidmatan Mereka!

1,164

‘Tak habis-habis lagi. Hari tu dah blacklist firma China, ni pulak tambah senarai lagi lah tu.’

Apple Inc dan Google Alphabet Inc digesa untuk membuang aplikasi video pendek popular, TikTok daripada perkhidmatan app store mereka.

Perkara tersebut telah diarahkan seorang ahli Republikan dan pegawai Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FFC) Amerika Syarikat (AS), Brendan Carr, yang mengatakan aplikasi tersebut mencuri data penggunanya.

Menerusi ciapan di laman Twitter peribadi Carr, beliau menyifatkan TikTok bagai ‘berselindung di sebalik batu’ dan mengumpul banyak data sensitif yang akan dihantar ke China.

Selain itu, Carr turut menggesa syarikat-syarikat tersebut mengalih keluar TikTok selewat-lewatnya 8 Julai atau perlu memberi sebab mengapa mereka enggan berbuat sedemikian.

Ia merupakan satu gesaan yang agak luar biasa memandangkan FCC tidak mempunyai bidang kuasa ke atas kandungan dalam app store.

Hal ini kerana FCC lebih berperanan dalam mengawal selia ruangan keselamatan AS melalui pemberian lesen komunikasi tertentu kepada syarikat sahaja.

Sebagai maklum balas, seorang jurucakap TikTok milik ByteDance menjelaskan bahawa syarikat mengesahkan bahawa ‘hanya data yang diperlu sahaja diambil’ dan ‘dibawah pengawasan kawal selia yang ketat’.

Dalam pada itu, pihak Apple mahupun Alphabet masih tidak memberi sebarang kenyataan lanjut mengenai perkara itu.

Melihat kepada rekod, TikTok sentiasa dibawah tekanan pengawasan kawal selia AS yang ketat berhubungan isu pengumpulan data peribadi rakyatnya.

Terdahulu, Jawatankuasa Pelaburan Asing AS (CFIUS) yang ditugaskan untuk menyemak urus niaga oleh pemerolehan asing mengenai potensi risiko keselamatan negara telah mengarahkan ByteDance menamatkan perkhidmatan TikTok.

Rentetan itu, pihak TikTok pada awal bulan ini telah memindahkan kesemua maklumat pengguna AS ke pelayan di Oracle Corp milik negara Uncle Sam.

Ulas Richard Sofield, rakan kongsi keselamatan negara di firma guaman Vinson & Elkins berkenaan perkongsian TikTok dengan Oracle tersebut berasakan Carr masih tidak yakin dengan perkara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat