Aset Kripto Terbaru DeFi Ini Melonjak Lebih 1000%

225

Majoriti token utama DeFi mencatatkan kerugian dalam tempoh 24 jam, berbeza dengan token Audius, platform tidak berpusat bagi penstriman muzik, AUDIO yang mengaut keuntungan tertinggi dalam beberapa jam lalu.

Lonjakan melebihi 1000% berlaku dalam masa yang singkat selepas Binance mengumumkan akan menyenaraikan AUDIO. Sejak daripada itu token tersebut mencatatkan kerugian -17.31% dan diniagakan pada $0.22.

Berdasarkan tindakan Binance Labs yang membuat pelaburan strategik di platform decentralized (tidak berpusat) Audius, lonjakan AUDIO akan berterusan dengan anggaran nilai mencecah $1.25 juta.

Audius merupakan protokol tidak berpusat, membolehkan penggunanya untuk menyebarkan dan memperoleh keuntungan melalui kandungan muzik yang dimuatnaik. Ini bermakna, pemuzik memiliki sepenuh kuasa ke atas muzik mereka tanpa kebergantungan terhadap syarikat rakaman.

Bagaimanapun, platform tersebut masih di fasa awal dan memerlukan lebih banyak pengguna dengan pengaplikasian yang meluas.

Disebabkan itu, platform tersebut berpotensi untuk mendapatkan muzik tanpa lesen daripada beberapa penyanyi seperti Ariana Grande dan Ed Sheeran kerana konsep pengaksesan yang tidak terhad.

Ini bermakna, kandungan tersebut tidak boleh dibuang oleh Audius atau mana-mana pihak.

Berdasarkan laporan, Audius sudah menerima permintaan daripada beberapa syarikat rakaman ekoran daripada cirinya yang dapat mengelak daripada kesan undang-undang dengan mengemukakan hak protokol tidak berpusat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat