AUD/USD Pamer Lonjakan Positif Selepas Mesyuarat Polisi RBA

266

Memasuki pembukaan pasaran awal sesi Eropah, dolar Australia dilihat mula memaparkan peningkatan selepas pelabur memberi tumpuan terhadap keputusan mesyuarat dasar oleh Reserve Bank of Australia (RBA) sebentar tadi.

Seperti yang dijangkakan, kadar faedah kekal tidak berubah di paras terendah 0.10% dan bank pusat juga masih mengekalkan program pembelian bon dalam usaha menyokong ekonomi.

Walaupun perkembangan kes Covid-19 di Australia masih membimbangkan, namun Gabenor Philip Lowe positif terhadap pemulihan di Australia dan menjangkakan unjuran pertumbuhan yang meningkat.

Sentimen risk-on pasaran buat masa ini juga dilihat menyokong mata wang pulangan tinggi seperti dolar Aussie untuk bergerak baik dalam pasaran sementara US dolar menunjukkan prestasi suram.

Pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, isyarat perubahan trend harga lebih jelas dilihat selepas harga melonjak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pada Jumaat lalu.

Harga dilihat lebih mendatar pada pembukaan dagangan awal minggu semalam sebelum kenaikan diteruskan pada sesi Asia pagi ini melepasi zon rintangan pada 0.75400.

Harga telah menunjukkan kenaikan sekitar 70 pips sejak awal sesi Asia sehingga awal sesi Eropah menguji paras penting 0.76000.

Paras tersebut menjadi zon rintangan pada kenaikan minggu sebelum ini sebelum pelabur menyaksikan penurunan harga semula.

Jika harga berjaya melepasi rintangan tersebut, kenaikan lebih tinggi harga akan dijangkakan untuk menuju ke zon tumpuan seterusnya di atas 0.765000 bagi mengekalkan trend bullish harga.

Untuk situasi kejatuhan harga semula, zon 0.75400 dilihat sebagai zon sokongan terhampir sebelum penurunan lebih rendah akan kembali menuju ke paras sekitar 0.74800.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat