AUDUSD Analisa Fundamental Harian 17 Mac 2016

45

Aussie Dollar yang jatuh lebih 60 pips sepanjang sesi Asia dan Eropah Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7415, kembali melonjak lebih 160 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7560, sebelum menutup sekitar paras $0.7550; setelah Dollar dijual apabila mesyuarat FOMC Feds AS memutuskan untuk mengekalkan kadar dan menurunkan jangkaan jumlah kenaikan kadar pada tahun ini.

Di pasaran Australia semalam, indeks ASX200 memacu naik lebih 57 mata untuk ke paras tertinggi harian sekitar 5,188 mata sebelum menutup sekitar paras 5,181 mata.  Sentimen pasaran yang ‘bullish’ juga dapat dilihat dalam kenaikan harga komoditi secara keseluruhan.  Bijih besi yang merupakan antara ekport terbesar Australia, meningkat lebih $2.20/tan metrik untuk ke paras tertinggi harian sekitar $49.80/tan metrik.

[adrotate group=”6″]

Hari ini Australia bakal melaporkan data pekerjaan yang dijangka stabil dengan kadar pengangguran pada 6% dan pertambahan pekerjaan sebanyak 11,600 jawatan.  AS pula bakal melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka bertambah dari 259 ribu kepada 267 ribu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat