AUDUSD Analisa Fundamental Harian 19 Feb 2016

32

Aussie Dollar susut lebih 45 pips Khamis semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7130 sebelum dibida untuk menutup lebih tinggi sekitar paras $0.7155; setelah data pekerjaan Australia dilapor mengecewakan pagi semalam. Set minit mesyuarat terbaru RBA menunjukkan pembuat dasar mungkin kekal memantau perkembangan dalam ekonomi Australia untuk bulan-bulan yang mendatang, sekaligus membiarkan nilai Aussie untuk ditentukan oleh faktor luar.

Di pasaran Australia, kadar pengangguran tanpa diduga meningkat kepada 6% pada bulan Januari, mengikut biro statistik Australia. Reserve Bank of Australia, yang mengekalkan kadar pada paras terendah dalam sejarah pada bulan ini, dijangka akan mengurangkan kadar kepada 1.5% pada tahun ini, menurut penganalisis Goldman Sachs Group Inc. dalam satu nota kepada pelanggan.

[adrotate group=”6″]

Penganalisis Goldman Sachs yang diketuai oleh Tim Toohey, Ketua Ekonomi di Australia berkata, mereka menjangkakan RBA akan mengurangkan kadar dalam tempoh antara bulan Mei dan Julai, kepada 1.5% daripada 2% ketika ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat