AUDUSD Analisa Fundamental Harian 22 Dis 2015

36

moshedfx-forex-malaysia-audusd-009

Aussie Dollar melonjak lebih 35 pips pada sesi dagangan New York Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7195, setelah berada dalam dagangan ‘sideway’ pada sesi Tokyo dan pagi London, sebelum menutup sekitar paras $0.7190; apabila para pelabur mula menutup kontrak jualan tahunan mereka untuk mengambil untung menjelang cuti Krismas dan tahun baru.  Aussie telah merudum lebih 1,380 pips sejak Januari lalu, apabila pasaran komoditi jatuh lantaran ekonomi global yang malap.

Setakat ini Aussie berjaya melawan ramalan yang paling buruk pada September tahun ini. Ketika itu pasaran saham jatuh terduduk dan sentimen pelabur pula berada pada paras terendah. Namun sejak itu, penjual telah kecewa kerana Aussie terus teguh di atas paras 70 sen US. Pakar strategi FX Westpac, Sean Callow merasakan bahawa itu hanyalah satu fenomena sementara, sebelum jualan baru bermula memandangkan data tersebut adalah pra-mesyuarat FOMC pada 15 Disember.

[adrotate group=”6″]

Jika harga komoditi dan mata wang adalah pada paras semasa, ini menunjukkan bahawa kadar pertukaran sebenar tahun depan adalah 9% terlebih nilai.  “Dengan kejatuhan harga saham sumber asas yang menunjukkan kemerosotan yang lebih mendalam dalam harga eksport; kami menganggarkan nilai sebenar boleh jatuh 6% lagi pada tahun depan. Ini adalah tekanan yang besar ke atas kadar pertukaran dan menyokong ramalan kami untuk kadar tukaran 63 sen US pada akhir tahun 2016 “, menurut Barclays dalam laporannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat