AUDUSD Analisa Fundamental Harian 25 Nov 2015

36

moshedfx-forex-malaysia-audusd-007

Aussie Dollar melonjak lebih 70 pips sepanjang 3 sesi dagangan Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar 0.7255 sebelum menutup sekitar paras yang sama; setelah pasaran dalam mood berhati-hati untuk membeli lebih jauh ke dalam Dollar, apabila Feds mungkin mengambil pendekatan beransur-ansur dalam menaikkan kadar, untuk memastikan ianya tidak mengeruhkan pasaran aset berisiko.  Pada masa yang sama, pasaran mula mengambil untung jualan lebih awal, sempena menyambut ‘Thanksgiving” Khamis ini.

Di pasaran Australia, Aussie melonjak lebih tinggi walaupun keyakinan pengguna menurun. Indeks keyakinan pengguna mingguan Roy Morgan dari ANZ yang terkini, menunjukkan penurunan sebanyak 1.2%, melanjutkan kejatuhan sebanyak 0.6% pada minggu sebelumnya. Dalam ucapannya semalam, Gabenor RBA Glenn Stevens berkata bahawa apa yang penting bagi pembuat dasar, bukanlah ramalan atau jangkaan yang tepat; tetapi sama ada para penganalisis dapat mengenalpasti dan faham tentang faktor dan kuasa yang menggerakkan ekonomi negara.

[adrotate group=”6″]

Di pasaran AS, Indeks Dollar berlegar sekitar 99.65, tidak terlalu jauh dari paras tertinggi 8 bulan sekitar 100.00 yang dicapai dalam hampir sekelip mata. Indeks tersebut telah jatuh kepada serendah sekitar 98.75 lewat minggu lalu, dalam apa yang dianggap sebagai satu fasa pembetulan dalam kenaikan kukuh yang didorong oleh prospek dasar monetari AS yang lebih ketat.  Walau bagaimanapun, dalam surat kepada peguam bela pengguna AS Ralph Nader, Pengerusi Feds Janet Yellen semalam mengulangi, bahawa Feds hanya akan menaikkan kadar secara beransur-ansur.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat