AUDUSD Analisa Fundamental Harian 29 Oct 2015

40

moshedfx-forex-malaysia-audusd-013

Aussie Dollar terus merudum untuk hari kedua, jatuh lebih 125 pips Rabu semalam untuk mencapai paras terendah harian sekitar 0.7080 sebelum menutup sekitar paras 0.7115; setelah data inflasi Australia dilaporkan meleset dari jangkaan manakala dolar AS mendapat lonjakan pada petang New York, apabila Federal Reserve AS menyatakan pendiriannya yang masih mahu menaikkan kadar pada December ini.

Harga pengguna suku ketiga 2015 di Australia meningkat hanya 0.5%, di bawah jangkaan pasaran sebanyak 0.7%. Berasaskan tahun ke tahun pula, ianya berada pada 1.5%, di bawah julat sasaran Reserve Bank of Australia sebanyak 2-3%.  Data inflasi Australia semalam merangsang pertaruhan yang Bank Pusat Australia boleh mengurangkan kadar secepat mesyuarat kadar pada Selasa minggu depan.

[adrotate group=”6″]

“Kelemahan mengejut inflasi CPI pada suku ketiga di Australia, sebenarnya boleh menjadi cukup untuk mendorong penurunan kadar pada mesyuarat dasar RBA Selasa depan. Tetapi, jika tidak, ia membuatkan lebih berkemungkinan bahawa RBA akan terpaksa mengurangkan kadar kepada 1.5% pada tahun depan, ” menurut Capital Economics.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat