Bank of America Bentang 5 Manfaat Bitcoin Untuk Ekonomi El Salvador

512

Penerapan Bitcoin (BTC) di El Salvador seperti yang dicadangkan oleh presidennya, Nayib Bukele menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai.

Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) antara organisasi yang kuat menentang keputusan Bukele kerana penggunaan BTC dilihat tidak telus dan bakal menimbulkan masalah makroekonomi, kewangan dan undang-undang.

Tidak cukup dengan itu, pakar ekonomi Steve Hanke mendakwa BTC akan meruntuhkan ekonomi El Salvador.

Berbeza pula dengan pandangan Bank of America, yang mendukung sepenuhnya usaha Bukele dengan 5 kebaikan menggunakan BTC sebagai matawang negara:

  1. 70% rakyat tidak memiliki akaun bank dan perkhidmatan kewangan dan penggunaan Bitcoin akan menyelesaikan isu ini terutama dalam pembukaan dan pengoperasian akaun bank.
  2. Bitcoin mampu mengurangkan kos pengiriman wang yang mana merangkumi 1/5 dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) El Salvador. Ini bermakna, rakyat boleh menikmati pendapatan boleh guna yang lebih tinggi.
  3. Perlombongan kripto menggunakan tenaga geoterma bukan sahaja menjimatkan, bersih dan boleh diperbaharui, tetapi juga mampu menarik pelaburan asing ke dalam aktiviti kontroversial.
  4. Penerapan Bitcoin meluaskan lagi tarikan pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara.
  5. Penerimaan Bitcoin juga memacu digitalisasi kewangan dan pada masa yang sama menyediakan akses terhadap pembayaran elektronik.

Walakin begitu, rakyat El Salvador termasuk pihak perwakilan telah mengecam keputusan Bukele dalam satu protes yang berlangsung pada Julai lalu. Rata-rata mahu Bitcoin Law digugurkan dan menolak idea penggunaan Bitcoin sebagai matawang negara.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat