Beijing Jadi Pengimport Terbesar Minyak Moscow

476

‘Bak kata pepatah hipster: support bisnes member.’

Di sebalik sekatan yang dikenakan terhadap Rusia oleh kuasa Barat atas pencerobohan Ukraine, China kekal sebagai pembeli minyak terbesar negara pemerintahan Presiden Vladimir Putin tersebut.

Kerajaan pimpinan Xi Jinping dilihat meningkatkan import minyak dari Rusia walaupun berlaku pengurangan permintaan ekoran Covid dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

Ia secara tidak langsung mengukuhkan pengisytiharan persahabatan antara 2 negara tersebut yang didakwa ‘tiada had’.

Rentetan itu, import minyak Rusia mencanak dari tahun sebelum untuk mencapai ke paras tertinggi Mei dan menggantikan Arab Saudi sebagai pembekal terbesar China.

Menurut sumber, firma penapisan Sinopec dan Zhenhua Oil yang dikawal kerajaan Beijing telah meningkatkan import minyak mentah Rusia dalam beberapa bulan lepas dengan penawaran diskaun besar.

Sebagai pengetahuan, diskaun telah diberikan kerana negara-negara Barat enggan membeli minyak mentah dari Rusia.

Difahamkan bekalan minyak mentah tersebut dipam melalui saluran paip Lautan Pasifik Siberia Timur yang berjumlah 8.42 juta tan pada bulan lepas, mengatasi import minyak Arab Saudi ke China sebanyak 7.82 juta tan.

Ijmalnya, China dilihat terus mengimport minyak dari negara sekutunya walaupun kuasa Barat mempengaruhi tindakan pengharaman di seluruh dunia.

Perkara ini juga boleh dilihat dengan pembelian sebanyak 260,000 tan minyak mentah Iran sungguhpun Amerika Syarikat (AS) menyekat minyak Tehran.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat