Bezos & Cook ‘Kamceng’ Dengan Musk, Twitter Bakal Diselamatkan?

157

‘Tulah pentingnya ada cable kan?’

Hubungan baik antara pemilik baru Twitter Inc, Elon Musk bersama Jeff Bezos dan Tim Cook mungkin memainkan peranan penting dalam menyelamatkan aplikasi media sosial itu dari terkubur.

Laporan media mengatakan Amazon.com Inc milik Bezos akan terus memaparkan iklan pada aplikasi media sosial itu selepas Twitter melancarkan langkah ‘terdesak’ melalui penawaran insentif besar kepada para pengiklan.

Ia disahkan melalui satu ciapan yang mengatakan Amazon rancang untuk meneruskan pelaburan pengiklanan $100 juta tahun ini selepas menangguhkannya ekoran masalah pengiklanan beberapa bulan lalu.

Ada juga sumber lain mengatakan Amazon tidak pernah menangguhkan sebarang pengiklanan pada aplikasi tersebut sebelum ini.

Turut sama merancang untuk meneruskan pengiklanan pada Twitter adalah Apple Inc apabila Musk sendiri mengesahkan syarikat milik Cook itu ‘bersedia untuk menyambung’ pengiklanan dalam satu sesi temu bual Twitter Space.

Setakat ini tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan Amazon mahupun Apple berkenaan penyambungan semula pengiklanan syarikat pada Twitter.

Umumnya, bulan pertama Musk di Twitter bagaikan mimpi ngeri dengan pembuangan sejumlah besar pekerja syarikat termasuk mereka yang bekerja di jabatan penyederhanaan kandungan (content moderation).

Perkara ini mencetus keraguan pelabur di mana sebelum pembelian rasmi, Musk pernah membangkitkan isu akaun spam sehingga General Mills Inc hingga ke Audi menghentikan pengiklanan pada Twitter.

Syarikat dilihat cuba menarik semula pelaburan dengan menawarkan insentif pengiklanan terbesar bagi menampung penyusutan ketara hasil selepas pengambil alihan Musk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat