Bila Masa Terbaik ‘Top-Up’ Kripto? Ini Jawapan CEO Pantera!

3,303

CEO Pantera Capital, Dan Morehead menyifatkan panik yang disebabkan oleh selloff dalam pasaran kripto adalah perkara biasa.

Menurutnya dalam twit terbaru, masa terbaik untuk membeli kripto adalah ketika pasaran di bawah trend.

Ini dibuktikan melalui rekod Bitcoin yang murah, berbanding trendnya pada kadar 20.3% bagi 11 tahun yang lalu.

Malah, Morehead memberi jaminan yang pulangan bagi tahun ke tahun tidak menunjukkan Bitcoin ‘overvalued’: “Ketika ini ia didagangkan pada 281% tahun ke tahun, yang mana masuk akan kerana pencetakan wang berlaku dalam tempoh tersebut.”

Tiga faktor yang menyumbang kepada keruntuhan pasaran kripto:

Bagaimanapun, ini sekadar pandangan CEO Pantera yang melihat situasi ini sebagai satu peluang kepada pelabur untuk menambah portfolio.

Digalakkan pembaca Intraday untuk membuat kajian terlebih dahulu, DYOR bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku yang akhirnya mengundang penyesalan.

Pasaran kripto menyaksikan keruntuhan nilai pasaran sebanyak 42% daripada ketinggian sepanjang masa (ATH), $2.5 trilion pada pertengahan Mei. Ketika penulisan, rekod menunjukkan nilai pasaran berada di paras $1.6 trilion.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat