CBOE Melancarkan Niaga-Hadapan Bitcoin Pada 10 Disember

65

Chicago Mercantile Exchange (CME) telah tewas di tangan Chicago Board Options Exchange (CBOE) dari segi dagangan niaga-hadapan (futures) Bitcoin. Dalam sidang media hari ini, CBOE mengumumkan pelancaran futures Bitcoin pada 10 Disember ini.

CME minggu lalu mengumumkan bahawa akan memulakan niaga-hadapan (futures) Bitcoin pada 18 Disember lewat sedikit berbanding CBOE.

Kedua-dua pelancaran ini dilihat telah menyebabkan kenaikan semula harga Bitcoin melepasi paras $11,000. Setakat ini harga Bitcoin di pusat tukaran Bitstamp yang berpangkalan di Luxembourg berada di sekitar $11,745.

“Dengan populariti Bitcoin yang semakin meningkat, adalah penting kita menyediakan klien dengan alat dagangan yang dapat membantu mereka,” kata Ed Tilly, Ketua Pegawai Ekesekutif CBOE. “Kami komited dalam menambah kesaksamaan dan kecairan dalam pasaran Bitcoin.”

Niaga-hadapan (futures) Bitcoin akan didagangkan di bawah kod “XBT” selama 23 jam. Terdapat juga penunaian secara tunai sama seperti futures di CME. Terdapat beberapa perbezaan niaga-hadapan kedua-dua pusat tukaran ini. Contohnya, pedagang tidak dibenarkan memegang sehingga 1,000 kontrak niaga-hadapan Bitcoin dalam satu masa di CME.

Di CBOE pula pegangan kontrak dihadkan hanya 5,000 di mana CBOE akan menetapkan harga kontrak berdasarkan pusat tukaran Gemini yang dimiliki oleh kembar Winklevos, Cameron dan Tyler. (Lihat lagi: Kembar Winklevos adalah pemilik Bitcoin pertama menjadi Billionaire)

Manakala CME pula merancang untuk menggunakan perkhidmatan dari empat pusat tukaran iaitu Bitstamp, GDAX, itBit dan Kraken bagi menetapkan kadar rujukan Bitcoin (Bitcoin Reference Rate).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat