CEO Ripple Yakin 2021 Merupakan Tahun Terbaik Untuk XRP. Ye Ke Ni?

2,372

CEO Ripple Labs, Brad Garlinghouse berpendapat 2021 merupakan tahun terbaik untuk XRP walaupun masih dalam tempoh perbicaraan kes saman oleh Securities and Exchange Commission (SEC).

Perkongsiannya itu dimuatnaik ke platform media sosial Twitter semalam:

Sebagai rekod, berketetapan pada 23 Disember 2021, genap setahun kes Ripple dibicarakan atas tuduhan penjualan aset bukan sekuriti.

Pada tarikh tersebut, SEC telah mengemukakan saman terhadap Garlinghouse, pengasas bersama Ripple Chris Larsen, dan juga Ripple Labs.

Walaupun tindakan SEC dilihat akan mengancam seluruh pasaran kripto, sebaliknya berlaku apabila kepercayaan terhadap kripto mencatatkan pertumbuhan yang luar biasa:

Tidak cukup dengan itu, Garlinghouse juga bangga menyenaraikan pencapaian Ripple sepanjang 2021.

Misalnya: pelancaran hub kecairan (liquidity hub), pelancaran koridor On-Demand Liquidity (ODL) yang baharu bersama-sama dengan penyelesaian mata wang digital bank pusat (CBDC), jalinan kerjasama dengan syarikat pembayaran Tranglo (MY), integrasi dengan Qatar National Bank (QNB), dan bekerjasama dengan Bhutan untuk pengujian CBDC.

Ketika penulisan, XRP didagangkan pada $0.98, meningkat 0.45% dalam 24 jam.

Walaupun pergerakan XRP masih jauh daripada paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $3.84 yang direkod pada 4 Januari 2018, aset ini telah melonjak lebih 64% sejak penyusutan terendah, $0.60 pada 4 Disember 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat