China Amalkan Dasar Perdagangan Yang Lebih Terbuka Kepada Seluruh Dunia!

128

Menurut Gabenor bank pusat China, negara itu akan mengurangkan bilangan sektor yang ditutup kepada pelaburan asing bagi mengurangkan halangan perdagangan di negara tersebut.

Namun begitu, Zhou Xiochuan daripada Bank Rakyat China (PBOC) juga mengatakan bahawa China mengharapkan layanan yang adil dari negara-negara luar.

Antara sektor yang akan dibuka di China termasuklah sektor perbankan, insurans, pelaburan perbankan, firma sekuriti, dan pembayaran. Zhou mengeluarkan kenyataan terbabit ketika berucap di Forum Boao untuk Asia.

Beijing dikatakan sedang berunding dengan Jepun dan negara-negara Eropah serta ASEAN terhadap perjanjian pelaburan dan perdagangan dua hala. Namun begitu, ia masih menanti pentadbiran baru AS untuk membuat keputusan.

Gabenor itu juga berkata bahawa beliau melihat kebanyakan negara mula menekankan dasar fiskal dan pembaharuan struktur sementara menunggu tempoh dasar monetari yang agak longgar berakhir.

Dalam ucapan yang sama, beliau juga mengatakan bahawa China sedang memperkemas hubungan fiskal di antara kerajaan pusat dan tempatan.

Beijing turut mengetatkan kawalan hutang beberapa tahun sejak kebelakangan ini bagi membendung risiko lambakan hutang seperti sebelum ini sekali gus mengelakkan kesan krisis kewangan global.

Pada tahun ini, saiz hutang kerajaan tempatan terkumpul sebanyak 18.8 Trillion Yuan ($2.73 Trillion), naik daripada 17.2 Trillion siling pada 2016, tidak termasuk bon.

Sentimen Yang Menghantui Matawang Utama Dalam Sesi Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat