Dah Baca Artikel Ini Sebelum Masuk Trading Station Anda?

157

Minggu lepas melihatkan US Dollar menguat melawan matawang utama lain pada hari jumaat, mengukuh ke paras tertinggi minggu lepas.

Ia adalah kerana data pekerjaan Amerika Syarikat yang dikeluarkan meningkat lebih daripada yang dijangkakan.

Dan ini sekaligus meningkatkan kebarangkalian akan berlaku kenaikan interest rate tahun ini.

Ekonomi Amerika Syarikat melihat penambahan pekerjaan sebanyak 255,000 pada julai dan kadar pengangguran kekal pada paras 4.9%.

15% menjangkakan adanya kenaikan interest rate pada September dan 44% pada Disember.

Indeks US Dollar sekarang berada di paras 96.50.

Minggu akan datang melihatkan pelabur masih lagi akan memberi tumpuan kepada laporan ekonomi Amerika Syarikat.

Laporan akan datang ditunggu-tunggu sama ada akan menguatkan lagi kebarangkalian kenaikan interest rate atau tidak.

Laporan yang bakal dikeluarkan pada jumaat nanti adalah data jualan runcit.

Sementara itu, china akan mengeluarkan data inflasi dan perdagangan.

Manakala Jerman akan keluarkan data awal pertumbuhan ekonomi pada suku tahunan kedua pada Jumaat nanti untuk melihat kekuatan ekonomi Eurozone.

Sementara itu untuk UK, pelabur menantikan laporan pengeluaran dan pembuatan untuk melihat keadaan ekonomi akibat Brexit.

Rabu nanti melihatkan pengumuman dasar kewangan oleh Reserve Bank of New Zealand dan ramai menjangkakan pemotongan interest rate.

Nak jadi trader minda kelas pertama? Baca artikel ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat