Data Benar-Benar Mengecewakan Saja Akan Menghentikan Kenaikan Kadar The Fed

44

Sebagaimana pemain-pemain pasaran menunggu laporan pekerjaan NFP pada Jumaat, data sebelum ini dan komen ‘hawkish‘ dari ahli-ahli The Fed menunjukkan data NFP kali ini mestilah betul-betul meleset dari jangkaan bagi menghentikan bank pusat mengetatkan polisi minggu depan.

Jabatan Buruh AS akan mengeluarkan laporan ini pada pukul 9.30 malam ini.

Jangkaan kepada data kali ini adalah tambahan 200,000 pekerjaan berbanding 227,000 yang direkodkan bulan lepas. Kadar pengangguran pula diramalkan berkurang kepada 4.7%, dengan data ‘purata gaji/jam’ dijangka meningkat 0.3% dari 0.1% yang dicatat sebelum ini.

Dengan data ADP-NFP yang dikeluarkan sebelum ini begitu meyakinkan, jangkaan bagi data NFP malam ini juga tinggi. Data ADP-NFP merekodkan kenaikan sebanyak 298,000 pekerjaan minggu ini yang merupakan bacaan tertinggi sejak 11 tahun lepas.

Selain itu, Pengarah Strategi Forex di BK Asset Management, Kathy Lien mengatakan terdapat juga isyarat kenaikan jumlah pekerjaan dalam data Indeks ISM non-Manufacturing yang dapat dilihat dalam komponen pekerjaan, dan juga data ‘jobless claims‘ yang masih memberangsangkan, dan juga keyakinan pengguna di paras tertinggi sejak Julai 2001.

Dengan jangkaan yang begitu tinggi ketika ini kepada data malam ini dan juga kenaikan kadar The Fed minggu depan, data mengecewakan oleh NFP malam ini bakal menyebabkan US dolar dijual. Begitu juga kesannya kepada penetapan kadar bank pusat minggu depan, hanya data yang benar-benar mengecewakan akan menyebabkan The Fed tidak menaikkan kadar minggu depan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat