Data Pekerjaan UK Di Paras Tertinggi, Aktiviti Ekonomi Zon-Eropah Bermula Positif Pada 2018

467

Jumlah pekerja di Britain meningkat lebih daripada jangkaan dalam tempoh tiga bulan sehingga November dan kadar upah juga meningkat pada kadar tertinggi  sejak hampir setahun yang lalu.

Jumlah pekerjaan meningkat sebanyak 102,000 dalam tempoh tiga bulan hingga November dan membawa jumlah keseluruhan pekerjaan kini berjumlah 32.2 juta. Jangkaan pasaran untuk data tersebut hanya 13,000.

Kadar gaji termasuk bonus tidak berubah daripada bacaan 2.5% sebelum ini yang merupakan kadar tertinggi sejak Disember 2016.

Data yang dikeluarkan pada Rabu juga menunjukkan kadar pengangguran kekal pada paras terendah 4.3% seperti yang dijangkakan oleh pasaran. Manakala jumlah yang menuntut insurans pengangguran (claimant counts) meningkat sebanyak 8,600 lebih daripada jangkaan 5,400.

Matawang GBP mengukuh selepas data ini dikeluarkan dengan GBP/USD ketika ini naik 1.04% setakat pukul 9.19 malam.

Data PMI Zon-Eropah

Aktivti ekonomi Zon Eropah merekodkan pengukuhan pada awal 2018 dengan jumlah pekerjaan meningkat ke paras tertinggi sejak tahun 2000. Markit yang mengeluarkan data PMI melaporkan Flash Euro Zone Composite Output Index yang mengira indeks kedua-dua sektor pembuatan dan perkhidmatan naik kepada 58.1 pada Disember ke paras tertinggi 12-tahun lalu melebihi jangkaan 57.9.

Indeks PMI sektor perkhidmatan meningkat kepada 57.6 bulan ini daripada 56.6 pada Disember sekaligus melebihi jangkaan 56.5.

Indeks PMI sektor pembuatan pula sedikit susut daripada jangkaan dari 60.6 kepada 59.6 dan kurang daripada jangkaan 60.4.

Matawang Euro mengukuh selepas data ini dikeluarkan dengan EUR/USD ketika ini naik 0.49% setakat pukul 9.19 malam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat