Data Petunjuk NFP Sekali Lagi Merekod Bacaaan Di Luar Jangkaan

53

Data ADP-non-farm payroll yang dikeluarkan sebentar tadi mencatatkan tambahan di luar jangkaan sebanyak 263,000 pekerjaan baru dalam sektor swasta.

Bacaan kali ini lebih daripada jangkaan sebanyak 184,000 dan data bulan sebelum iaitu 248,000 yang telah dikaji semula dari 298,000 yang dilaporkan bulan lalu.

ADP non-farm payroll ialah data yang menunjukkan perubahan tenaga kerja dalam negara AS yang hanya melibatkan sektor swasta. Data ini dikeluarkan oleh ADP (Automatic Data Processing, Inc).

Data kali ini melonjakkan keyakinan kepada pasaran buruh Amerika Syarikat sebelum pengumuman data NFP pada Jumaat, walaupun kita tidaklah boleh bergantung sepenuhnya kepada data ini untuk menjangkakan data NFP.

Data kali ini menunjukkan pasaran pekerjaan Amerika Syarikat yang terus kukuh, dan potensi kepada jangkaan The Fed yang akan menaikkan kadar pada mesyuarat Jun ini.

Sejurus sahaja data ini dikeluarkan, pasaran memberikan respon yang signifikan dengan US dolar dilihat menguat berbanding matawang utama dunia yang lain. Eur/Usd melemah dan mencatatkan kejatuhan 30 pip setakat ini, dengan Usd/Jpy menguat hampir 40 pip selepas 20 minit data ini dikeluarkan.

Diingatkan kepada para pembaca bahawa pada 7 Mac ini, laporan Non-Farm Payroll untuk bulan Januari akan dikeluarkan pada pukul 8.30 malam. Data NFP merupakan data pekerjaan yang paling ditunggu-tunggu setiap bulan kerana impaknya yang begitu tinggi kepada pasaran. Data NFP juga akan menjadi tumpuan The Federal Reserve sebagai petunjuk keadaan pasaran buruh semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat