Deutsche Bank Menasihati Anda Untuk Tidak Melabur Dalam Matawang-Crypto

645

Deutsche Bank menasihati anda untuk tidak melabur dalam matawang-crypto. Markus Mueller, ketua pelaburan global berkata, “Ia adalah kerana isu volatility (turun-naik) tinggi, manipulasi harga dan kecurian data.”

“Kami tidak menyarankan pelaburan itu. Ia hanya untuk pelabur yang spekulatif,” kata beliau. Menurut Mueller pergerakan harga baru-baru ini hanya disebabkan imaginasi yang dipandu oleh situasi semasa dalam pasaran.

Bukan hanya Mueller yang memberi amaran tentang hal ini. Gabenor Sepanyol Luis Maria Linde mengatakan matawang-crypto adalah aset yang membawa banyak risiko dan ada juga yang menyamakan ia dengan judi.

Hanya regulasi, keselamatan, dan trasparansi yang boleh menjadikan matawang-crypto sebagai salah satu daripada aset pelaburan yang dipercayai, kata Mueller.

Harga Bitcoin bergerak tidak menentu sejak beberapa minggu lalu. Ia pernah jatuh lebih daripada 20% dalam masa satu hari disebabkan tindakan autoriti di Asia termasuk China dan Korea Selatan.

Mueller mengatakan syarikat yang mengeluarkan matawang-crypto perlu bekerjasama dengan regulator. “Apabila wujud kepercayaan dan keselamatan, matawang-crypto boleh dinilai sebagai aset pelaburan yang boleh dipercayai.”

Beliau tidak faham kenapa pemain-pemain pasaran matawang-crypto melihat regulasi sebagai sesuatu yang negatif. Regulasi sebenarnya melindungi anda daripada jenayah, kata Mueller.

Walaubagaimanapun, teknologi blockchain adalah menarik, kata Mueller. “Matawang-crypto menjadikan transaksi menjadi lebih mudah dan lebih kos-effektif”. Mueller percaya ia ada potensi membuat revolusi kepada sesetengah industri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat