Donald Tusk: Rundingan Britain & EU Bakal Sukar, Rumit dan Kompleks

45

Kesatuan Eropah tidak akan bersetuju kepada rundingan perdagangan bersama UK selagi Britain belum meninggalkan blok tersebut secara rasmi, menurut draf panduan rundingan yang dikeluarkan oleh Majlis Eropah (European Council, EC).

Presiden EC Donald Tusk telah menghantar panduan tersebut yang mana harus dipersetujui dalam perhimpunan ketua-ketua 27 negara ahli Kesatuan Eropah bulan depan.

Bercakap dalam sidang media di Malta pada Jumaat, Tusk mengatakan rundingan akan datang antara Britain dan Kesatuan Eropah akan menjadi “rumit, sukar, kompleks dan boleh jadi aggresif.”

” 27 ahli Kesatuan yang lain tidak akan membuat pendekatan yang punitif,” katanya. “Brexit itu sendiri sudah cukup punitif.”

Jika panduan yang telah dikeluarkan oleh EC digunakan, rundingan itu dijangka sukar dalam beberapa perkara dengan kedua-dua pihak telah menunjukkan pendirian yang berbeza sebelum ini tentang rundingan tersebut, dan Britain perlu menerima panduan tersebut bagi menyelamatkan perjanjian selepas Brexit.

Dalam surat yang dihantar kepada Donald Tusk pada Rabu, Theresa May menegaskan UK hanya meninggalkan Kesatuan Eropah tetapi tidak meninggalkan Eropah dan UK komited untuk terus bersama rakan-rakannya di seluruh Eropah.

Beliau menerima bahawa ada kesan jika meninggalkan EU dan mengesahkan UK tidak akan meminta keahlian dari Pasaran Tunggal.

Selain itu, UK mahu perjanjian perdagangan bebas yang kukuh dan bercita-cita tinggi dengan skop yang luas berbanding perjanjian sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat