ECB Kekalkan Polisi Dan Mengubah Sedikit Panduan Dalam Kenyataan Awal

62

Bank pusat Eropah (ECB) menepati jangkaan pasaran dengan mengekalkan kadarnya di paras 0.0% dan kadar deposit -0.40%.

Menurut kenyataan awal yang dikeluarkan, bank pusat menjangka “kadar faedah akan dikekalkan pada paras semasa” dan melebihi pembelian bersih aset ketika ini.

Kenyataan ini lah yang telah diubah oleh ECB di mana kenyataan sebelum ini ialah “kadar faedah akan dikekalkan di paras semasa dan lebih rendah”.

Bank pusat tidak membuat perubahan dalam program pelonggaran kuantitatif. Kenyataan awal ECB juga menegaskan program pembelian bon akan diteruskan pada kadar pembelian semasa sebanyak 60 billion euro setiap bulan hingga akhir Disemebr 2017 dan lebih daripada itu jika perlu. Program pembelian ini akan diteruskan hingga ECB melihat perubahan kukuh dalam inflasi sejajar dengan sasaran bank pusat.

ECB juga mengulangi komen baru-baru ini bahawa program pembelian boleh ditingkatkan dari segi saiz atau tempoh jika perkembangan ekonomi semakin menurun.

Kita melihat ECB hari ini mengubah sedikit kenyataannya dalam memberikan panduan kepada pasaran. Hal ini adalah sejajar dengan jangkaan pasaran dan laporan sebelum ini. Ini adalah langkah pertama yang diambil ECB dalam mengurangkan potensi potongan kadar tetapi masih tiada perubahan kepada kecenderungan mengetatkan polisi.

Eur/Usd pada mulanya mengukuh dan menjunam semula sementara menunggu kenyatan Draghi dalam sidang media yang sedang berjalan ketika ini.

Ini adalah ulasan kenyataan awal 7.45 pm tadi, selepas ini kami akan mengulas pula sidang media Draghi yang sedang berjalan ketika ini

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat