Emas didagang Melonjak Sambil Mengenepikan Keyakinan Pasaran Terhadap Jangkaan Peningkatan Kadar!

50

Emas melonjak pada sesi Asia pada Jumaat didorong oleh jangkaan kenaikan kadar oleh Fed pada bulan ini.

Emas bagi penghantaran April di Comex meningkat sebanyak 0.07 peratus kepada $1,233.75 satu troy ounce manakala silver futures meningkat sebanyak 0.25 peratus kepada $17.793 satu troy ounce. Dalam masa yang sama, copper futures merosot sebanyak 0.19 peratus kepada $2.681 Pound.

Semalam, harga emas merosot pada Rabu gara-gara US Dollar terus mengaut keuntungan.

Selain itu, komoditi ini kekal mengalami kerugian dari sesi terdahulu berikutan jangkaan kenaikan kadar oleh Fed pada bulan Mac telah menolak US Dollar ke paras yang lebih tinggi dan memberi kesan kepada logam berharga ini.

Komen agresif dari beberapa orang pegawai Fed turut menambah keyakinan pasaran terhadap prospek ini.

Gabenor Fed Lael Brainard berkata pada petang Rabu bahawa Fed boleh menaikkan kadar tidak lama lagi jika pertumbuhan ekonomi bertambah pulih. Sementara itu, Gabenor Fed Jerome Powell mengatakan bahawa kadar akan dinaikkan pada seawal mesyuarat Mac.

Menurut Fed Rate Monitor Tool, peratusan jangkaan kenaikan kadar pada Mac telah meningkat kepada 80 peratus berbanding kira-kira 60 peratus pada Rabu.

Dalam masa yang sama, data tuntutan pengangguran yang dikeluarkan positif terus menimbulkan tekanan kepada harga emas. Jabtan Buruh AS mengumumkan data tuntutan pengangguran awal jatuh sebanyak 19,000 kepada 223,000 pekerjaan bagi minggu berakhir 25 Februari.

Bank-Bank Global Membayar Denda Kira-Kira $321 Billion Sejak Krisis Kewangan 2007-2008 : BCG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat