Emas Dinilai Sedikit Suram Dalam Sesi Asia

25

Harga emas menyusut dalam sesi Asia pada Rabu di samping pergelutan untuk menambah keuntungan sederhana gara-gara ketegangan geopolitik yang masih tiada kesudahan di semenanjung Korea. Dalam masa yang sama, pelabur kekal berhati-hati terhadap proses pilihanraya di Eropah dan dasar monetari AS.

Emas bagi penghantaran Jun di bahagian Comex New York Merchantile Exchange menurun sebanyak 0.28 peratus kepada $1,290.50 satu troy ounce. Silver futures diniagakan pada $18.290 satu troy ounce manakala copper meningkat sebanyak 0.12 peratus.

Semalam, harga emas melonjak apabila pelabur melarikan diri kepada asset yang lebih selamat disamping ketidaktentuan yang berterusan sekitar pilihanraya Perancis dan peningkatan ketegangan geopolitik di Korea Utara.

Emas pulih daripada paras terendah yang dicatat pada awal sesi selepas berdagang di paras tertinggi dalam tempoh lima bulan selepas Perdana Menteri UK, Theresa May mengumumkan rancangan untuk mengadakan pilihanraya yang lebih awal bagi proses rundingan Brexit.

Walaupun May dengan ketara akan dipilih di dalam undian majoriti, kejutan untuk mengadakan pilihanraya yang sepatutnya diadakan pada 2020 dengan lebih awal itu dikatakan akan mengundang risiko.

Ketidaktentuan keputusan pilihanraya Perancis juga menambah permintaan bagi asset safe haven seperti emas memandangkan pelabur telah bersiap sedia untuk pusingan pertama pilihanraya yang bakal diadakan pada 23 April ini.

Ketegangan geopolitik juga masih memberi kesan kepada momentum US Dollar apabila US Dollar Index jatuh ke paras terendah kepada 99.40, sekali gus menambah permintaan terhadap komoditi yang dinilai berbanding US Dollar.

Perjanjian TPP Tidak Akan Lumpuh Tanpa Amerika Syarikat : Mexico

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat