EURUSD Analisa Fundamental Harian 29 Mac 2016

51

Euro Dollar melonjak lebih 65 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.1220 sebelum menutup sekitar paras $1.1195; dalam dagangan tipis ekoran pasaran utama, termasuk Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat, masih ditutup sempena ‘Good Friday’ dan ‘Easter Sunday’.

Unjuran minggu lepas kekal sedikit membingungkan untuk Euro-Zone. Pertumbuhan ekonomi Euro-Zone dijangka akan dipercepatkan lagi dalam tempoh beberapa tahun akan datang, tetapi permintaan luar negeri yang lemah dan kelembapan dalam pasaran, akan menjejaskan pemulihan yang masih baru, menurut Bank Pusat Eropah dalam buletin ekonomi terbaru mereka.

[adrotate group=”6″]

Unjuran makroekonomi ECB bagi Euro-Zone meramalkan inflasi tahunan sebanyak 0.1% pada 2016, 1.3% pada tahun 2017 dan 1.6% pada tahun 2018. Sebagai perbandingan dengan unjuran makroekonomi ECB pada Disember 2015, prospek inflasi telah disemak semula ke bawah, terutamanya bagi mencerminkan kejatuhan harga minyak sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Majlis Jawatankuasa ECB akan terus memantau pergerakan harga dan perkembangan gaji di Euro-Zone, sambil memberi perhatian khusus untuk memastikan persekitaran inflasi semasa yang rendah, tidak berakar umbi dalam kesan pusingan ransangan kedua terhadap upah dan penetapan harga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat