EURUSD Analisa Fundamental Harian 30 Dec 2014

42

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-018Euro Dollar terus merudum Isnin semalam dari paras tertinggi harian, sekitar 1.2220, selepas Parti Demokrasi Baharu gagal mendapat 180 kerusi parlimen untuk terus kekal memerintah.  Pilihanraya presiden telah ditetapkan pada 25 Januari.  Sekiranya Parti Syriza menang, ia dijangka bakal berunding semula untuk mendapatkan pinjaman antarabangsa bagi menjana ekonomi Greece.  Terdapat juga spekulasi pasaran bahawa Greece bakal keluar dari Kesatuan Eropah sekiranya Parti Syriza menang.

Para Pelabur juga mula memberi reaksi awal pada data ekonomi Euro-Zone dan Amerika Syarikat yang bakal dilaporkan hari ini.  CPI Sepanyol dijangka bertambah buruk dari -0.4% kepada -0.7% dan ECB dijangka menambah “money suppy” sebanyak 0.1% menjadikannya 2.6%  Pertambahan ini bermakna akan ada lebih banyak wang kertas di pasaran dan sekaligus menurunkan nilai Euro.

Pada masa yang sama, “consumer confidence” AS dijangka bertambah baik, meningkat dari 88.7 kepada 94.6 menunjukkan keyakinan para pengguna terhadap ekonomi Amerika Syarikat semakin kuat dan ini bakal mendorong mereka untuk berbelanja, sekaligus meningkatkan aktiviti ekonomi.

Dagangan dijangka tipis dan “ranging” dalam mood menyambut Tahun Baru 2015 yang bakal menjelma Khamis ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat