Eur/Usd Dibawah Tekanan Menjelang Sidang Media Trump Malam Ini

26

US dolar menguat hari ini dengan Indeks US dolar naik dari paras terendah Selasa 101.48 ke paras 102.43 semasa artikel ini ditulis. Eur/Usd berada di bawah tekanan berikutan penguatan dolar hari ini dan kini didagangkan di paras 1.0505.

US dolar dilihat semakin mengukuh menjelang sidang media bakal Presiden Donald Trump yang juga merupakan sidang media pertamanya setelah sejak November. Sidang media ini dijangka akan berlangsung pkul 12 tengah malam ini.

Eur/Usd meneruskan kejatuhan semalam selepas menguji resistance berdekatan di 1.0617 dan sehingga kini telah mencatatkan kejatuhan lebih dari 100 pip sejak sesi dagangan Selasa.

Kenaikan berterusan dalam US dolar dan pasaran saham US beberapa minggu yang lalu telah dipandu oleh janji Trump untuk memberi rangsangan fiskal kepada ekonomi termasuk pemotongan cukai korporat.

Walaubagaimanapun, secara keseluruhan US dolar masih cenderung bergerak ke atas dengan jangkaan kenaikan kadar Fed Fund Rate dan kadar inflasi yang lebih tinggi pada 2017. Awal minggu ini juga, beberapa ahli FOMC dalam ucapan mereka bersetuju dengan kenaikan kadar pada tahun ini.

Rosengren mengatakan kenaikan kadar sebanyak tiga kali adalah memadai pada 2017, jika pertumbuhan ekonomi terus meningkat melebihi potensi yang boleh dicapai. Hal ini menyebabkan Eur/Usd berada di bawah tekanan dalam sesi dagangan Selasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat