GBP Melonjak Tinggi, Peluru Berpandu Korea Utara? Reformasi Cukai US!

71

Ada beberapa berita yang menggerakkan pasaran sejak pukul 1 pagi pada Rabu. Berita-berita ini bukan saja memberi kesan kepada pasaran tukaran matawang forex, malahan pasaran Wallstreet. Berikut adalah berita-berita penting yang anda perlu tahu sepanjang enam jam lepas!

  • Laporan The Telegraph tentang perjanjian yang dicapai antara EU-UK tentang pembayaran wang oleh UK kepada EU. Ia telah menyebabkan matawang GBP melonjak sejak pukul 1.30 pagi pada Rabu.
  • Matawang GBP membuat sedikit ‘pullback‘ selepas kerajaan UK menafikan laporan tersebut.
  • Tetapi meneruskan kenaikan dengan beberapa agensi berita melaporkan berita sama tentang perjanjian yang dicapai oleh EU-UK tentang pembayaran Brexit.
  • Terdapat ujian peluru berpandu oleh Korea Utara pagi tadi yang jatuh di kawasan perairan Jepun, namun USD masih mengekalkan pengukuhan.
  • Pengukuhan USD disokong oleh keyakinan pasaran terhadap ‘reformasi cukai’ yang mana Senator Corker kini dikatakan menyokong rang undang-undang tersebut.
  • Undian oleh Senat Bajet dijangka 12-11 dengan rang undang-undang ini dijangka akan lulus dalam Jawatankuasa tersebut.
  • Dengan laporan ini, indeks di Wallstreet juga melonjak dengan S&P500 mencapai paras tertinggi yang baru pada sesi dagangan Selasa.

Laporan setakat pukul 6.00 pagi Rabu.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat