GBPUSD Analisa Fundamental Harian 14 Aug 2015

55

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-017

Pound Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 60 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.5635 ke serendah 1.5575; setelah dolar AS kembali pulih daripada kejatuhan semalam apabila para pedagang menghentikan reaksi panik mereka untuk pergerakan mata wang China.

Institusi Diraja Juruukur Bertauliah UK berkata pada hari Khamis, bahawa tanda aras untuk harga rumah UK meningkat ke paras tertinggi dalam setahun sebanyak 44 pada bulan Julai daripada 40. Indeks jangkaan harga di London dalam tempoh tiga bulan akan datang meningkat kepada 48, yang tertinggi sejak Mac tahun lepas. Tanda aras yang sama untuk UK berada pada 41.

Di China, Penolong Gabenor Zhang Xiaochuan berkata pada hari Khamis bahawa pelarasan yuan selepas kaedah yang ditetapkan telah berubah ialah “pada dasarnya sudah selesai,”; sekaligus mengurangkan kebimbangan PBoC bergerak lagi untuk menolak yuan lebih rendah. Sokongan lisan daripada bank pusat telah membantu untuk membendung kejatuhan paling teruk mata wang dalam dua dekad.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat