GBPUSD Analisa Fundamental Harian 2 Jan 2015

31

Mark Carney starts work as Bank of England governor in Dave Simonds cartoonPound Dollar yang didagangkan dalam suasana “ranging” dari setinggi 1.5620 ke serendah 1.5550 Rabu lalu sebelum bercuti tahun baru 2015; dibuka semula hari ini sekitar 1.5577 pada awal sesi Asia.  Kenaikan hampir 120 mata dari paras terendah minggu ini, dilihat sebagai suatu fenomena sementara, ekoran tindakan para pelabur dan pedagang yang mengambil untung hasil jualan mereka dengan membeli balik Pound yang dijual semenjak Julai tahun lepas.

Laporan GDP UK yang mengecewakan sebelum ini, tambah membantutkan kemungkinan untuk BoE menaikkan “interest rate” tahun lepas.  Pound yang meningkat hampir 1,000 mata berbanding Dollar sepanjang 6 bulan pertama 2014; jatuh merudum apabila BoE terus mengekalkan “interest rate” pada kadar yang terendah dalam sejarah Britain itu.  Pada masa yang sama, situasi yang berbeza berlaku di Amerika Syarikat apabila Federal Reserve AS bertegas mahu menaikkan “interest rate” walaupun kenaikan itu bergantung kepada prestasi ekonomi semasa.

Hari ini data berimpak tinggi “manufacturing PMI” dari UK bakal berdepan dengan data yang sama dari Amerika Syarikat.  Pasaran dijangka memihak kepada Pound lantaran dari jangkaan ianya bertambah baik, dari 53.5 kepada 53.7; berbanding jangkaan lebih buruk, dari 58.7 kepada 57.6, untuk Amerika Syarikat.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat