GOLD Analisa Fundamental Harian 19 Feb 2016

46

Harga emas melonjak lebih $38.55/oz Khamis semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,240/oz sebelum pembeli mengambil untung dan harga menutup lebih rendah, sekitar paras $1,230.70/oz; setelah pelabur terus memberikan reaksi kepada minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC), Federal Reserve AS, untuk mengukur kemungkinan kenaikan kadar sebelum akhir separuh pertama tahun ini.

Minit mesyuarat pertama Feds sejak keputusan kadar bersejarah pada bulan Disember lalu, menggambarkan jawatankuasa FOMC terbahagi dua dalam mencapai persetujuan untuk menaikkan kadar dalam memenuhi mandat kerajaan. Walaupun beberapa ahli majlis menyatakan bahawa kelewatan menaikkan kadar berpotensi membawa kepada inflasi yang terlalu tinggi; ahli-ahli lain melahirkan kebimbangan bahawa kenaikan kadar boleh menjejaskan kemajuan dalam pasaran ekonomi dan buruh.

[adrotate group=”6″]

Disember tahun lepas, FOMC Federal Reserve AS membuat keputusan untuk menaikkan julat kadar dari (0-0.25%) kepada (0.25%-0.5%), yang membuatkan pasaran ekuiti merudum. Indeks Dow Jones jatuh lebih 2,000 mata, dari paras tertinggi bulan Januari sekitar 17,483 mata kepada 15,446 mata, sebelum mendapat sokongan belian untuk menutup lebih tinggi sekitar 16,428 mata.

Kenaikan kadar menyebabkan kos pinjaman dan pelaburan meningkat, walaupun ianya menjana permintaan untuk Dollar, sekaligus menjadikan emas kehilangan tarikan sebagai pelindung nilai kerana ianya tidak menawarkan kadar pulangan seperti bon perbendaharaan AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat