Harga Minyak Jatuh Di Bawah $50 Setong, Kebimbangan Bekalan Dari AS

81

Data terbaru cari-gali meningkatkan lagi kebimbangan yang menyelubungi jumlah bekalan dari Amerika Syarikat. Baker Hughes melaporkan pada lewat sesi dagangan Jumaat, peningkatan jumlah pelantar kepada 652 dari 631 sebelum ini.

Ini sekaligus merekodkan peningkatan 100% dari jumlah yang direkodkan pada 2016 dan yang tertinggi sejak September 2015. Peningkatan ini mengekalkan jangkaan di mana pengeluaran dari AS akan terus meningkat dalam jangka pendek dan akan terus meningkatkan kebimbangan terhadap lebihan bekalan Amerika Syarikat.

Data terbaru yang ditunjukkan oleh COT (commitment of traders) juga merekodkan peningkatan dalam jumlah jualan minggu lepas dan juga pengurangan jumlah pembelian di mana jumlah bersih belian berkurangan 28,000 kontrak dari minggu sebelum itu.

Harga komoditi hitam masih tidak mendapat sokongan dari kelemahan US dolar pada Isnin, malahan tekanan jualan dilihat semakin meningkat yang menyebabkan harga jatuh hari ini. Selain itu, faktor sentimen risk-off yang menekan pasaran saham juga menyumbang kepada kejatuhan harga komoditi hitam yang menghadkan permintaan.

Harga minyak WTI (West texas intermediate) kini didagang di sekitar $47.61 setong jatuh dari paras tertinggi tiga minggu lau $54.09. Manakala minyak Brent (Brent-oil) kini didagang di sekitar $50.49 setong jatuh dari paras tertinggi tiga minggu lepas $56.69.

Komen dari pengeluar OPEC akan terus diberi perhatian minggu ini untuk mendapat sebarang isyarat baru yang menyumbang kepada sentimen pasaran komoditi ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat