Harga Minyak Mentah Global Meneruskan Kenaikan Dalam Sesi Eropah

50

Harga minyak mentah meningkat pada hari Khamis sekali gus meneruskan kenaikan daripada sesi sebelumnya selepas data rasmi yang dikeluarkan semalam menunjukkan penyusutan stok simpanan minyak mentah.

Harga minyak mentah melonjak semalam selepas data rasmi yang dikeluarkan memberi tanda-tanda bahawa lebihan global sejak tiga tahun yang lalu akan berakhir walaupun dalam momentum yang agak perlahan.

Pasaran minyak mentah juga disokong gara-gara peningkatan kadar dari Fed. Namun begitu, Fed tidak memberi apa-apa isyarat mengenai peningkatan kadar yang selanjutnya.

WTI mentah meningkat kepada $49.25 setong setelah melonjak sebanyak 2.4 peratus dalam sesi sebelumnya. Sementara itu, dagangan Brent turun melonjak kepada $52.28 setong.

Inventori minyak global meningkat buat kali pertama dalam tempoh enam bulan pada Januari semenjak OPEC bersetuju untuk mengurangkan bekalan minyak mentah.

Namun begitu, inventori mentah menjunam sebanyak 237,000 tong pada minggu berakhir 10 Mac berbanding dengan ramalan peningkatan sebanyak 3.7 juta tong.

Pasaran minyak mentah dikatakan akan terus berada dalam momentum bullish dengan jangkaan pertambahan permintaan pada separuh pertama tahun 2017.

Menurut BMI Research, pasaran kagum dengan tahap pematuhan yang dicapai di dalam perjanjian OPEC bagi mengurangkan bekalan minyak mentah bermula November lalu.

Disamping itu, badan tersebut juga menjangkakan bahawa kadar pematuhan perjanjian bagi bulan Mac akan mengukuh melebihi tempoh dua bulan sebelum ini.

 

Gentar Dengan Hujah Berbisa dari Aso? Jepun Buat Keputusan Bijak!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat