Harga Minyak Mentah Melonjak Setelah OPEC Membuat Satu Keputusan Mengejutkan Ini

45

Matawang yang berkait rapat dengan komoditi minyak mentah hari ini mengukuh setelah OPEC bersetuju untuk memotong pengeluaran minyak.

Keputusan ini adalah keputusan pertama OPEC bersetuju untuk memotong pengeluaran minyak semenjak tahun 2008.

Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Organization of the Petroleum Exporting Countries) atau dikenali sebagai (OPEC) adalah terdiri daripada negara Algeria, Indonesia, Iran, Iraq, Kuwait, Libya, Nigeria, Qatar, Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu dan Venezuela; sejak 1965, ibupejabat antarabangsa terletak di Vienna, Austria.

Brent Futures mencatat peningkatan terbanyak semenjak 2 bulan setengah dengan kenaikan ke $48.96 setong.

Sebenarnya agak terkejut bagi yang sudah lama mengikuti perkembangan OPEC yang sebelum ini sangat jarang dan tidak pernah bertoleransi untuk membuat keputusan memotong pengeluaran minyak, tapi kali ini ia mencapai kata sepakat.

Pada sesi New York semalam, harga minyak mentah melonjak sekitar 5 peratus selepas keputusan untuk memotong pengeluaran minyak sekitar 32.5 ke 33 juta tong sehari.

Keputusan ini juga memberikan petanda bahawa Saudi Arabia kemungkinan akan mencapai kata sepakat dengan Iran setelah polisi minyak tahun 2014 terdapat sedikit tidak kesepakatan disebabkan perang di Syria dan Yaman.

Minyak Mentah (WTI) mencapai paras harga $47.66 sejak pagi tadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat