Harga Minyak Terus Kukuh Susulan Kenyataan Putin

393

Dagangan minyak mentah mendaki lebih tinggi selepas Presiden Vladimir Putin memberitahu bahawa rundingan damai antara Rusia dan Ukraine berada di jalan buntu dan beliau akan meneruskan pencerobohannya di negara itu.

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan stabil pada $105 setong manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula diniagakan pada $ 100 setong selepas masing-masing memperoleh keuntungan lebih 6% pada Selasa.

Dalam ucapan awamnya pada Selasa, Putin telah menyalahkan Ukraine kerana menggagalkan rundingan damai dan mengatakan Moscow tidak akan melepaskan ‘operasi khasnya’ untuk menghentikan tekanan daripada Barat.

Hal ini sekali gus meningkatkan semula prospek sekatan terhadap minyak Rusia akan berlaku memandangkan Kesatuan Eropah (EU) juga sedang mempertimbangkan untuk bertindak sedemikian.

OPEC sebelum ini memberi amaran kepada EU bahawa pengurangan minyak Rusia akan menyebabkan kejutan besar dalam bekalan dan mereka tidak mampu untuk menggantikan minyak yang hilang dari sekatan tersebut.

Selain itu, pengukuhan harga turut disokong oleh laporan bahawa Shanghai telah mula melonggarkan beberapa sekatan coronavirus di bandar itu meskipun angka kes harian masih lagi tinggi.

Pelabur sebelum ini bimbang bahawa sekatan berterusan di Shanghai akan menjejaskan permintaan bahan bakar daripada ekonomi kedua terbesar di dunia itu disebabkan sekatan pergerakan yang dilaksanakan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat