Harga Pengeluar China Melonjak ke Paras Tertinggi Enam Bulan Lalu

63

Berdasarkan laporan oleh Jabatan Perangkaan Negara China (NBS) pada hari ini, harga pengeluar (PPI) meningkat diluar jangkaan ke paras 6 bulan tertinggi pada bulan September iaitu pada paras 6.9% dari segi bacaan tahunan, sekaligus mengatasi jangkaan pasaran.

Indeks harga pengeluar dijangka hanya meningkat sebanyak 6.3% pada bulan September seperti bacaan pada bulan Ogos.

Peningkatan ini didorong oleh lonjakan dalam permintaan pembinaan yang menyebabkan harga barangan pembinaan semakin tinggi dari besi sehinggalah batang keluli. Hal ini juga mendorong sektor industri menjana lebih banyak keuntungan pada hari ini.

Menurut penganalisis Tony Boyadjian, peningkatan PPI akan menyebabkan bayaran pengedar kepada pengeluar semakin tinggi, secara tidak langsung akan mendorong pertumbuhan ekonomi bagi pasaran di luar China seperti Asia Timur.

Namun, kos input yang tinggi menyebabkan syarikat terpaksa menanggung bebanan kos dan mengurangkan rantaian pengeluaran.

Bagi Indeks harga pengguna (CPI) China, bacaan CPI meningkat 1.6% dari tahun ke tahun pada bulan September. Bacaan ini menepati jangkaan walaupun sedikit rendah berbanding pada bulan Ogos yang mencatat bacaan 1.8%.

Harga makanan yang merupakan komponen terbesar CPI menunjukkan kejatuhan, sebanyak 1.4%. Bagi harga bukan makanan seperti penjagaan kesihatan dan rumah sewa, menunjukkan peningkatan 2.4% dari tahun ke tahun.

Bagi CPI utama (core-CPI), tidak termasuk makanan dan tenaga,meningkat 2.3% pada bulan lepas berbanding bulan Ogos yang mencatat peningkatan 2.2%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat