Harga Pengguna Zon-Eropah Merosot, ECB Dijangka Mengekalkan Pendirian Dovish

46

Harga pengguna Zon-Eropah (CPI-inflation) susut kepada 1.5% pada Mac dari 2.0% yang direkodkan pada Februari. Rekod kali ini di bawah jangkaan pasaran 1.8% dan merupakan bacaan terendah dalam jangka masa tiga bulan.

Manakala bacaan inflasi teras (core-inflation) jatuh ke paras 0.7% dari 0.9% sebelum ini dan juga di bawah jangkaan pasaran 0.8%.

Bacaan terbaru ini menunjukkan tekanan kenaikan inflasi di Zon-Eropah yang semakin lemah sejak tiga bulan lepas.

Harga bahan api merekodkan kenaikan 7.3% berbanding 9.3% yang direkodkan sebelum ini dengan harga minyak mentah global merosot sepanjang bulan ini. Terdapat juga kemerosotan harga dalam komponen makanan dan minuman kepada 1.8% dari 2.5% sebelum ini.

Pasaran sebenarnya telah menjangkakan penyusutan inflasi selepas data inflasi Jerman juga menyusut pada Khamis diikuti juga dengan inflasi di Spanyol di bawah jangkaan pasaran.

Kejatuhan dalam inflasi-teras (core-inflation) begitu signifikan dan akan memaksa ECB (European Central Bank) untuk tidak membuat pendirian pengurangan kepada polisi akomodatif semasa. Dalam konteks ini, pasaran dijangka akan mendapat komen ‘dovish‘ dari ECB dalam jangka pendek.

Petunjuk inflasi yang lain iaitu tinjauan PMI sebelum ini menunjukkan bacaan kukuh yang menggambarkan bacaan inflasi berpotensi naik semula dalam bulan-bulan akan datang tahun ini. Pasaran juga menjangkakan ECB akan menjadi lebih kepada data-dependant (bergantung kepada data) beberapa bulan akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat