Hibah Tabung Haji Hanya 1.25%. Paling Rendah Dalam Sejarah.

2,522

Hibah tabung haji untuk tahun 2018, hanya 1.25%. Ia telah diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dalam sidang media pada Majlis Taklimat Prestasi Lembaga Tabung Haji (TH) dan Pengumuman Hibah bagi tahun 2018 yang telah berlangsung sebentar tadi.

Sebelum ini, isu hibah tabung haji ini menjadi isu yang paling hangat kerana penangguhan pengumumannya berkali-kali oleh menteri.

Mengikut rekod TH, 2012 merupakan tahun tertinggi pemberian hibah TH iaitu 6.5 peratus disusuli 2014 (6.25 peratus dan penambatan 2 peratus hibah haji); 2013 (6 peratus dan penambahan 2 peratus hibah haji); 2015 (5 peratus dan penambahan 3 peratus hibah haji); 2017 (4.5 peratus dan penambahan 1.75 peratus hibah haji) dan 2016 (4.25 peratus dan penambahan 1.5 peratus hibah haji).

Kali ini hanya 1.25% sahaja membabitkan pengagihan berjumlah RM913 juta kepada semua pendeposit bagi tahun kewangan 2018.

Walau bagaimanapun Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dalam sidang media sebentar tadi, masih mengatakan jumlah itu “masih tinggi” jika dibandingkan defisit kesan pengurusan kerajaan lalu yang lemah.

“Jumlah keseluruhan peruntukan kerajaan selama 10 tahun dianggarkan sebanyak RM17.8 bilion. Ini adalah kesan daripada kelemahan dan salah guna kuasa pentadbiran yang lalu.

“Manipulasi akaun membolehkan hibah diisytihar pada kadar yang tinggi walaupun jurang defisit terus meningkat. Kerajaan terus komited dalam memastikan ketelusan dalam operasi dan kedudukan kewangan TH pada masa depan,” katanya ketika Pengumuman Hibah bagi Tahun 2018 di sini, hari ini.

Ikuti LIVE sidang media di video di bawah

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat