IMF, Bank Dunia dan G7 Jangka Peraturan Matawang Digital Siap Pada 2022

2,963

G7 yang mewakili menteri kewangan dan gabenor bank pusat dari Amerika Syarikat (AS), Kanada, United Kingdom (UK), Jerman, Perancis, Itali dan Jepun dilaporkan sedang berusaha untuk menformalkan penggunaan bank pusat matawang digital (central bank digital currencies, CBDC) di dalam sistem perbankan.

Usaha tersebut merupakan kerjasama bersama International Monetary Fund (IMF), Bank Dunia dan Bank for International Settlements (BIS).

Dijangka misi yang turut merangkumi rangka undang-undang stablecoin, penyelidikan dan pemilihan reka bentuk, teknologi dan eksperimen CBDC akan menemui titik pengakhiran pada 2022.

Manakala pada akhir 2025, bersandarkan kepada kebolehan teknikal, IMF dan Bank Dunia akan berupaya untuk menaiktaraf transaksi CBDC antara negara-negara.

Negara yang terlibat akan mengkaji skop bagi platform baru pelbagai hala, pengaturan stablecoin global dan matawang digital bank pusat bagi mengetengahkan cabaran yang dihadapi sistem pembayaran rentas sempadan termasuk penyeliaan yang minimum, serta peraturan standard bagi mengawal risiko kestabilan monetari dan kewangan.

Sistem CBDC wajar disambungkan dengan teknologi kewangan yang lama bagi menyelesaikan jumlah transaksi yang besar dengan pantas, kebal dengan serangan siber dan, patuh dengan peraturan dan pemantuan yang sah ke atas tunai yang diuruskan dan yang mengekalkan kuasa bank pusat.

Malah, CBDC boleh menambah-baik pembayaran rentas sempadan, terutama yang melibatkan pemindahan pembayaran dana kecemasan kepada pengguna ketika bencana seperti pandemik COVID-19.

European Central Bank (ECB) dan Bank of Japan (BOJ) pada bulan ini sedang mencari peluang untuk mengumumkan CBDC.

Pelancaran euro digital akan diumumkan pada April 2021. Manakala bagi yen digital, pegawai rasmi BOJ memberitahu usaha tersebut masih lagi di dalam kajian.

BOJ juga berharap G7 dapat meningkatkan lagi usaha untuk menyaingi matawang yuan digital yang buat masa sekarang merupakan matawang digital bank pusat yang paling mahal.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat