IMF Beri Amaran Kemelesetan Akan Berlaku Pada Tahun 2023!

1,762

‘Ada tempoh lebih kurang 5 bulan je lagi untuk bersiap sedia dengan kehadiran kemelesetan.’

Prospek ekonomi global yang ‘kelam’ mengukuhkan ramalan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bahawa dunia akan mengalami kemelesetan seawal tahun hadapan.

Ia secara tidak langsung selari dengan jangkaan beberapa penganalisis yang menyatakan dunia memasuki fasa kemelesetan pada tahun 2023.

Difahamkan Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva dijangka akan menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi global 2022 dan 2023, yang kini pada 3.6%, menjelang beberapa minggu mendatang.

Keputusan akhir unjuran tersebut dijangka bakal diterbitkan pada penghujung bulan Julai.

Sebagai imbasan, pada April lalu IMF telah mengurangkan ramalan pertumbuhan ekonomi global  sekitar 1% rentetan kesan tekanan inflasi, kenaikan kadar faedah, kelembapan ekonomi China serta sekatan ke atas Rusia.

Ulas Georgieva, keadaan semasa memaksa IMF untuk tidak menolak kemungkinan bahawa kemelesetan akan tiba seawal tahun 2023.

Tambahnya, baki tahun 2022 dipenuhi cabaran namun 2023 akan bertambah sukar dengan kemelesetan dijangka memuncak.

Asas tersebut telah dibuat berdasarkan penguncupan bacaan data ekonomi suku ke-2 pada sebahagian besar ekonomi global termasuk China dan Rusia.

Selain itu, bahagian penting keluk hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang terbalik buat 2 hari berturut-turut mengukuhkan lagi jangkaan kemelesetan.

Dalam pada itu, Georgieva menegaskan juga bahawa pengetatan dasar monetari berpanjangan akan menjejaskan prospek ekonomi global namun ia adalah langkah penting dalam mengawal harga.

Ekoran itu, beliau menasihat negara-negara supaya menentukur dengan teliti tindakan tersebut bagi mengelakkan sebarang peluang sokongan fiskal yang boleh menjejaskan usaha bank pusat untuk mengawal inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat