Indeks Industri Bukan-Pembuatan US di Paras Tertinggi Sejak 13-Bulan Lepas

64

Indeks ISM sektor bukan pembuatan meningkat ke paras 57.2 pada November dari 54.8 sebelum ini. Bacaan ini melebihi jangkaan 55.4 dan tertinggim sejak 13 bulan lepas.

14 dari 18 industri ini merekodkan pertumbuhan pada bulan sama, manakala dua lagi menyusut. Bacaan ISM bagi November ini konsisten dengan pertumbuhan tahunan 3.3%.

Indeks aktiviti perniagaan pula meningkat ke paras 61.7 dari 57.7 sebelum ini, walaupun indeks tempahan baru jatuh sedikit dari 57.7 kepada 57.0 pada Oktober.  Terdapat juga kejatuhan dalam indeks tempahan backlogs dari 52 kepada 51.

Penghantaran pembekal adalah perlahan pada bulan sama yang menunjukkan kapasiti yang tidak mencukupi dan dalam masa yang sama inventori semakin berkurangan.

Indeks gunatenaga melonjak dari 53.1 ke paras 58.2 dan merupakan bacaan tertinggi sejak Oktober 2015. Indeks harga susut sedikit dari 56.3 kepada 56.

Indeks eksport menguat dari 56.5 kepada 57.0 walaupun eksport pembuatan mempunyai impak yang lebih besar dalam sektor eksport khususnya dari segi respon peningkatan nilai USD.

Secara keseluruhan, data pada hari ini menunjukkan pengukuhan pertumbuhan dalam ekonomi. The Fed dijangka akan menaikkan kadar pada mesyuarat bulan ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat