Inflasi Malaysia 4.7%, OPR Patut Naik Atau Tidak?

3,650

‘Ada 2 pandangan berbeza dan kedua-duanya ada hujah kukuh.’

Pada asas tahun ke tahun, data indeks harga pengguna (CPI) Ogos Malaysia telah meningkat 4.7% daripada 4.4% semasa Julai dan ia juga selari dengan unjuran konsensus pasaran.

Atas faktor tersebut ahli ekonomi UOB Global Economics & Markets Research mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) tidak akan terburu-buru dengan kenaikan kadar dasar semalam (OPR).

Diperjelaskan bahawa jika dibandingkan dengan tekanan inflasi daripada rakan serantau lain seperti Singapore, Malaysia tidak perlu bimbang memandangkan kerajaan terus menyediakan sokongan subsidi yang besar.

Selain itu, pembentangan Bajet 2023 yang akan menyentuh mengenai subsidi turut menjadi faktor pengurangan kebimbangan terhadap tekanan inflasi tersebut.

Lantaran itu, penganalsis UOB percaya BNM perlu mengambil langkah berhati-hati sambil memantau kesan 3 kenaikan kadar 25 mata asas sebelum ini terhadap ekonomi dan inflasi bagi membuat keputusan pada November nanti.

Suka diingatkan Mesyaurat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) seterusnya bakal berlangsung pada awal November tahun ini.

Selain itu, UOB menetapkan pandangan OPR BNM pada 2.5% untuk baki tahun ini sebelum menyambung kenaikan kadar pada 3% menjelang pertengahan 2023.

Pada sisi berbeza, MIDF Research pula berpendapat BNM akan menaikkan OPR 25 mata asas lagi pada November berdasarkan teras inflasi Malaysia pada 3.8% tahun ke tahun semasa Ogos di sebalik pengukuhan permintaan domestik.

Jelasnya, pada asas bulanan harga teras terus mencapai pertumbuhan positif pada 0.6% namun inflasi makanan juga mencatat peningkatan 7.2% tahun ke tahun yang menyumbang kepada faktor utama lonjakan inflasi.

Ia adalah bacaan tertinggi yang pernah direkodkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Turut ditambah adalah penyusutan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat, menambah parah kepada inflasi makanan memandangkan Malaysia adalah pengimport makanan bersih utama.

Ekoran daripada itu, MIDF menunjurkan OPR akan dinaikkan pada separuh ke-2 2022 dengan prospek pasaran meluas dijangka suram.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat