Ini Amaran Jerome Powell Terhadap Ekonomi AS Yang Membimbangkan

374

Pengerusi Federal Reserve AS (Fed), Jerome Powell dalam satu temubual pada Ahad, memberitahu bahawa bank pusat masih belum kehabisan kuasanya untuk menyokong ekonomi dalam berdepan krisis coronavirus.

Malah, beliau juga berkata bahawa tidak ada batasan ke atas program pinjaman yang dilaksanakan oleh bank pusat. Justeru, masih banyak yang boleh dilakukan oleh Fed untuk menyokong ekonomi dan bank pusat sangat komited untuk melakukan apa yang termampu selagi diperlukan.

Menurut Powell, Fed dikatakan boleh memperluaskan program pinjaman sedia ada atau memulakan program baru. Kongres juga mungkin perlu membelanjakan lebih banyak wang untuk melindungi perniagaan dan isi rumah daripada bankrap, dan ini bukan masanya untuk bimbang terhadap kesan jangka panjang daripada hutang ini.

Kebimbangan terbesar Powell sekarang ini adalah kemungkinan mengenai potensi gelombang kedua pandemik coronavirus, di mana terdapat jangkaan risiko lonjakan kes pada akhir tahun ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa data mengenai pandemik coronavirus atau ‘metrik perubatan’ adalah paling penting kepada ekonomi AS buat masa ini dan menyeru rakyat Amerika supaya mematuhi peraturan penjarakan sosial setelah negeri dan kerajaan tempatan kembali mengangkat sekatan ke atas aktiviti ekonomi dan sosial.

Tambahan daripada itu, Pengerusi Fed itu juga menyatakan pertumbuhan ekonomi AS mungkin menguncup sehingga 30% pada suku kedua tahun ini dan kemerosotan mungkin berlanjutan sehingga akhir tahun 2021. Malah, pemulihan sepenuhnya mungkin tidak akan berlaku jika vaksin masih belum ditemui.

Selain itu, kadar pengangguran pula mungkin akan mencecah sehingga 20% pada suku kedua, seperti mana yang pernah dilihat semasa Great Depression pada tahun 1930-an, ketika ia mencapai hampir 25%.

Bagaimanapun, beliau yakin bahawa ekonomi AS akan pulih walaupun ia akan memerlukan sedikit masa, selagi negara itu terhindar daripada gelombang kedua coronavirus.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat