Ini Penentu Utama Siapa Akan Jadi Presiden AS

1,286

Perebutan jawatan presiden biasanya diputuskan oleh beberapa negeri utama yang juga disebut sebagai ‘swing state’.

Berikut merupakan beberapa negeri penting yang memainkan peranan penting dalam memberikan undi yang diperlukan bagi memenangi White House.

1. Florida
3. Arizona
2. Ohio
3. North Carolina
4. Pennsylvania
5. Texas
6. Georgia
7. Michigan
8. Wisconsin
9. New Hampshire
10. Minnesota
11. Nvada
12. Iowa

Dalam perkembangan terbaru, Presiden Donald Trump kini dilaporkan mendahului undian di kebanyakan negeri utama termasuk Florida, Pennsylvania, North Carolina, Texas, Ohio dan Georgia.

Sementara itu, menurut keputusan terkini oleh Fox News, Joe Biden dilaporkan telah memenangi undian di Arizona.

Keputusan pilihan raya nampaknya akan mengambil masa lebih lama daripada yang dijangkakan memandangkan peningkatan pengundian melalui pos telah menyulitkan proses pengiraan undian.

Setakat jam 12.45 pm, Joe Biden masih mendahului Donald Trump dengan 223 berbanding 166 daripada 538 kerusi yang dipertandingkan (menurut Fox News). Calon perlu memenangi sekurang-kurangnya 270 kerusi untuk dipilih sebagi presiden.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat