Ini Punca Emas Meningkat Hampir 5% Semalam!

52

Harga emas kini telah melonjak berikutan pasaran masih menilai keputusan pilihanraya presiden Amerika Syarikat semalam. Kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru berpotensi untuk menangguhkan kenaikan kadar oleh Fed bagi bulan Disember akan datang.

Pasaran mungkin akan mengalami ketidaktentuan yang berterusan berikutan banyak perubahan dasar yang berpotensi dilakukan oleh Trump dalam pemerintahannya nanti.

Emas di Comex New York Merchantile Exchange meningkat 0.26% kepada $1,276.75 satu troy ounce, begitu juga dengan silver futures yang turut didagang meningkat dalam sesi ini.

Pun begitu, copper futures dilaporkan menyusut sebanyak 0.12%.

Semalam, harga emas meningkat mendadak dalam sesi Eropah hampir 5% berikutan kemenangan yang dtidak disangka-sangka oleh Donald Trump memberi kejutan buat pasaran.

Calon Republik itu kekal menjadi pilhan pengundi majoriti walaupun mencatat kemenangan tipis menentang Hillary Clinton.

Rasmi : Trump Sebagai Presiden Amerika Yang Baru!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat