Ini Reaksi Pound, Euro Selepas Kejutan BOE Dan ECB!

576

Ternyata Bank Pusat England (BOE) lebih hawkish daripada Federal Reserve (Fed) selepas para penggubal dasar bersetuju untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 15 mata asas pada mesyuarat polisi yang berlangsung semalam.

Pelabur menyambut baik langkah yang diambil oleh BOE dengan mendorong dagangan matawang pound lebih tinggi untuk didagangkan pada sekitar harga 1.3300 berbanding US dolar.

BOE telah mengejutkan pasaran dengan meningkatkan kadar kepada 0.25% daripada 0.1% bagi menangani inflasi yang semakin meningkat sehingga mencecah paras tertinggi 10 tahun.

Sementara Bank Pusat Eropah (ECB) pula masih mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras sifar dan akan menamatkan program pembelian bon kecemasan pandemik (PEPP) seperti dijadualkan pada Mac 2022.

Namun, apa yang mengangkat dagangan euro adalah kenyataan ECB yang akan meningkatkan pembelian bon di bawah program pembelian aset (APP) dengan jumlah yang ‘terhad’. Walaupun keputusan ini dilihat dovish, tapi sebenarnya ia lebih baik dari dijangkakan pelabur pada awalnya.

Matawang euo didagangkan kukuh di sekitar harga 1.1330 berbanding US dolar, susut sedikit dari paras ketinggian 2 minggu yang dicapainya sejurus keputusan polisi ECB dikeluarkan.

Setelah melalui hari yang sibuk pada Khamis, mesyuarat Bank Pusat Jepun (BOJ) dan data-data ekonomi dari UK dan Jerman pada sesi dagangan hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat