Inventori Minyak EIA Tutrut Jatuh di US

54

The Energy Information Administration (EIA) atau Pengurusan Informasi Tenaga melaporkan inventori minyak mentah yang jatuh sebanyak 2.4 juta tong pada minggu berakhir 2 Disember berbanding 0.9 juta penyusutan pada minggu lepas. Jumlah inventori setakat ini ialah 485.8 juta tong.

Data ini dikeluarkan setiap minggu oleh The Energy Information Administration (EIA) yang mengira perubahan dalam inventori minyak di US setiap minggu. Ia dikeluarkan selepas empat hari minggu tersebut berakhir.

Manakala data American Petroleum Institute (API) yang dikeluarkan pada Selasa juga merekodkan pengurangan. Gasolin pula meningkat sebanyak 2.1 juta tong dan paras terkini bacaan tahunan meningkat 4.3%.

Minyak mentah US yang diimport pada masa ini berada dalam purata 8.3 juta tong sehari yang meningkat 755,000 tong dari minggu sebelum.

Data secara keseluruhan adalah hampir dengan inventori yang dilaporkan oleh API. Pasaran memberikan tumpuan kepada mesyuarat OPEC hujung minggu ini bagi membincangkan secara lanjut pengurangan pengeluaran yang telah disetujui pada minggu lepas.

Minyak West Texas intermediate (WTI) bergerak di sekitar $50.4 sejurus data EIA ini dikeluarkan semalam yang mana minyak mentah WTI jatuh sebanyak 1.6%. Minyak WTI dan Brent hari ini bergerak dalam julat yang rendah yang didagangkan di paras $50.03 dan $53.31 setong pada masa artikel ini ditulis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat