Itu Dia DogeFather Bersuara Lagi!

1,720

Kemunculan semula ‘DogeFather’ terus memberi kegembiraan kepada para pemegang setia Dogecoin yang berduka ketika pasaran kripto ‘crash’ minggu ini.

CEO Tesla Elon Musk sekali lagi memuat naik ciapan Twitter yang seterusnya memberikan impak dan lonjakan harga kepada matawang kripto Dogecoin pada dagangan semalam.

Beliau juga ada menyatakan bahawa beliau bakal HODL dan tidak akan menjual pegangan Dogecoin. Kini ramai berteka-teki mungkin Elon Musk adalah pemilik wallet yang mempunyai 36 bilion Doge itu!

Kebanyakan pelabur matawang diinspirasikan dari anjing shiba inu ini sentiasa menantikan Elon Musk membuat ciapan di Twitter hanya kerana spekulasi mengatakan daripada tweet tersebut dapat menggerakkan lonjakan harga Dogecoin lebih tinggi.

Sementara itu, dapat dilihat pada carta pergerakan harga DOGE/USDT menyaksikan harga Dogecoin telah meningkat lebih 11% sekitar $0.42 beberapa jam kesan daripada ciapan tweet Musk semalam.

Jika diteliti, harga telah melepasi paras SBR (support become resistance) $0.40, telah jatuh sehingga ke paras $0.20 dan kelihatan pada sesi Eropah harga Dogecoin sedang membuat reversal pada zon SBR sebelum jangkaan bakal membuat penurunan semula.

Tetapi jika pergerakan harga membuat kenaikan semula, zon SBR seterusnya sekitar $0.55 bakal diuji sebelum memberi petanda dan jangkaan untuk melonjak dengan lebih tinggi.

Pada masa penulisan, Dogecoin didagangkan $0.39 susut lebih 12% daripada kenaikan tersebut.

Lihat gambar carta matawang kripto DOGE/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat