Jangan Tanya Kenapa Pound Mencanak Naik, Baca Sini Dulu!

794

Sentimen pasaran berpihak kepada matawang pound yang memaparkan lonjakan pada sesi Eropah setelah diperlihatkan dengan bacaan data ekonomi yang lebih kuat dari dijangkakan.

Jualan runcit UK mengejutkan pasaran selepas meningkat dengan drastik pada bulan lalu, mencerminkan kesan pelonggaran sekatan coronavirus termasuk pembukaan semula semua perniagaan tidak penting dari pertengahan April.

Menurut Pejabat Statistik Negara (ONS), jualan runcit melonjak 9.2% dari 5.1% yang disemak semula pada Mac, dan jauh melebihi jangkaan pasaran untuk meningkat hanya 4.5%.

Bacaan yang mengejutkan ini telah mendorong matawang pound kembali meningkat di atas harga 1.42000 berbanding dolar greenback.

Dengan jangkaan sekatan coronavirus di England akan diangkat secara menyeluruh pada 21 Jun, Bank of England (BOE) meramalkan lonjakan terbesar dalam perbelanjaan isi rumah sejak tahun 1988.

Sementara itu, pengukuhan matawang pound turut disokong oleh bacaan data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK yang terus menunjukkan pemulihan lebih kuat pada bulan Mei.

Data-data ekonomi dari UK terus menunjukkan bacaan memberangsangkan sejak negara itu bergerak maju dalam menvaksinasi rakyatnya sehingga mendorong beberapa langkah sekatan dilonggarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat