Kemana Hala Tuju Minyak Mentah Dalam Sesi Ini? Semua Oil Trader perlu Hadam Artikel Ini!

47

Harga minyak mentah mengukuh pada Selasa selepas menjunam dalam sesi sebelum ini.

Brent mentah yang menjadi penanda aras antarabangsa diniagakan pada $55.92, meningkat sebanyak 20 sen.

Sementara itu, WTI mentah didagang meningkat sebanyak 16 sen kepada $53.17 setong.

Brent dan WTi mentah kembali bangkit dalam sesi ini selepas jatuh kira-kira 1.5 hingga 2 peratus pada hari sebelumnya.

Sejak awal tahun ini, kedua-dua penanda aras minyak mentah ini masih kekal dalam julat $50 bagi setong.

Sokongan utama minyak mentah ini dikatakan hasil usaha OPEC dan beberapa pengeluar utama bagi mengurangkan jumlah pengeluaran minyak mentah sebanyak hampir 1.8 juta tong sehari pada separuh pertama tahun 2017.

Walaupun OPEC dan Russia telah bersama-sama memotong sekurang-kurangnya 1.1 juta tong sehari setakat ini, peningkatan output di tempat lain dikatakan menjadi ancaman terhadap pasaran minyak mentah.

Menurut Bank ANZ pada hari Selasa, jumlah pelantar minyak mentah di Amerika Syarikat meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 14 bulan dan melonjak lebih 20 peratus sejak perjanjian OPEC sebelum ini.

Menurut data inventori rasmi, stok simpanan petrol meningkat sebanyak hampir 21 juta tong pada 27 hari pertama tahun ini berbanding dengan purata kurang dari 12 juta tong dalam tempoh yang sama sedekad lepas.

Hal ini sekali gus membayangkan bahawa pasaran terus akan dilanda masalah lebihan pasaran pada masa akan datang.

Ini Yang Terjadi Kepada Matawang Utama Sesi Asia Menjelang Semakan Dasar Terkini RBA!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat